SKY GUARDIAN

Dedicated to all Malaysian Air Traffic Controllers.
HomeHome  ­PortalPortal  ­CalendarCalendar  ­GalleryGallery  ­FAQFAQ  ­SearchSearch  ­RegisterRegister  ­MemberlistMemberlist  ­UsergroupsUsergroups  ­Log inLog in  
Share | 
 

 POLISI FORUM

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Number of posts: 4
Registration date: 2007-07-17

PostSubject: POLISI FORUM   2007-07-17, 5:59 pm

Forum SKY GUARDIAN adalah forum intraksi dan perbincangan dalam konteks komuniti Air Traffic Controller. Forum ini juga membicarakan tentang hal-hal tugas-tugas harian, selain isu semasa, hobi dan sebagainya.

1. Setiap kenyataan dan pandangan yang dinyatakan adalah pandangan individu tersebut bukan mewakili forum ini secara keseluruhan. Setiap ahli adalah bertanggungjawab atas kenyataan dan pandangan yang diberikan.

2. Forum SKY GUARDIAN ini adalah BEBAS dari sebarang kaitan dengan mana-mana pihak. pertubuhan, badan korporat atau mana2 parti politik. Oleh itu dilarang sama sekali menggunakan SKY GUARDIAN sebagai platform menyebar dakyah, mengumpat atau keji mengeji antara satu sama lain dan perbalahan fahaman politik dan sebagainya.

3. Bagaimanapun, forum ini adalah dihoskan di Malaysia dan tertakluk kepada segala akta undang-undang negara ini. Setiap ahli SKY GUARDIAN harus menghormati undang-undang sedia ada dan bertanggungjawab terhadap segala kenyataan yang dikeluarkan.

4. Pentadbir forum SKY GUARDIAN berhak meminda, memadamkan mana-mana kenyataan yang dirasakan tidak sesuai untuk tatapan dan dikira bersifat prejudis, perkauman, penghinaan dan sebagainya.

5. Pentadbir forum SKY GUARDIAN berhak menidakkan akses kepada mana-mana individu sama ada yang pernah berdaftar menjadi ahli aktif atau tidak. Pihak pentadbir forum SKY GUARDIAN tidak perlu menyatakan sebab penyingkiran (jika ada).

6. Jika ada sebarang perselisihan peribadi, ahli SKY GUARDIAN dinasihatkan menggunakan PM sebagai penghubung, adalah dilarang membicarakan isu ini secara terbuka. Pihak pentadbir akan memantau dan memastikan kenyataan yang menghina peribadi atau berbentuk serangan peribadi tidak berlaku.

7. Setiap ahli harus memastikan `user ID' tidak disalah gunakan atau dikongsi dengan individu lain yang tidak berdaftar atau berdaftar dengan SKY GUARDIAN. Sekiranya dikesan, pihak pentadbir forum SKY GUARDIAN tidak teragak-agak untuk bertindak menggantung atau menyingkir keahlian.

8. Keahlian dalam forum SKY GUARDIAN adalah PERCUMA.

Peraturan ini akan ditambah dan dipinda mengikut keperluan semasa.

Terima kasih.
Back to top Go down
View user profile http://myskyguardian.forumotion.com
Admin
Admin


Number of posts: 4
Registration date: 2007-07-17

PostSubject: Re: POLISI FORUM   2007-07-17, 6:00 pm

ANDA DILARANG UNTUK::
1. Membuka topik yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau kaum lain
2. Membuka topik yang sudah pun dibuka oleh ahli lain sebelumnya kecuali topik perkenalkan diri dikehendaki membuka topik masing-masing..
3. Membuka topik yang tiada kena mengena dengan kepentingan Forum ini
4. Membuat "double posting" atau kiriman yang berganda dalam satu-satu topik tanpa sebab-sebab yang munasabah
5. Membuat kiriman yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama ahli.
6. Menggunakan kata-kata lucah atau kesat kepada ahli lain (so goes to double meaning yang keterlaluan)
7. Membuat kiriman yang tidak releven dengan tajuk topik(thread)
8. Mengepilkan gambar-gambar lucah dan tidak disenangi.
9. Berbincang mengenai politik yang boleh menyebabkan rasa tidak senang orang lain secara keterlaluan.
10. Kiriman yang dipenuhi dengan smiley dan perkataan 'ya', 'setuju','tidak' dan sebagainya

Sekiranya forumnis TIDAK mengikut polisi yang ditetapkan, moderator berhak untuk
1. mengubah kiriman/topik anda
2. mengeluarkan kiriman/topik anda dari database (delete)
3. menyenaraikan nama anda kepada ajk tertinggi SKY GUARDIAN untukdisenaraihitamkan.

Perilaku yang boleh dikenakan tindakan banned:~
1. menggugat atau mencabar kredibiliti Admin atau Moderator. mengaibkan users lain esp. crews (soal kesahihan tidak diambil kira)
3. menimbulkan kekecohan atau pergaduhan
4. bersekutu dengan user yang menimbulkan kekecohan di forum.
5. melanggar syarat~syarat berposting (seperti di atas)
Back to top Go down
View user profile http://myskyguardian.forumotion.com
 

POLISI FORUM

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
SKY GUARDIAN :: Polisi SKY GUARDIAN-